Assalamualaikum... 27 Rejab H, selain kita mengingati peristiwa Israa' dan Mi'raj, tarikh ini juga ada kaitannya dengan pejuang Islam yang tersohor iaitu Salahudin Al-Ayubi. Saya kongsikan bersama dengan anda lirik 2 buah lagu yang dicipta khas untuk mengingati perjuangan Salahudin Al-Ayubi. Salahuddin Al-Ayubi Album : Layar Keinsafan Munsyid : Mestica http://liriknasyid.com Malammu disinar solat munajat Siangmu dihias lonjakan jihad Pembela insan yang miskin dan lara Kemelut yang menyelubungi Dalam sirah ummah Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah Pernah kembara bagai pelarian Akhri bertakhta penuh kemuliaan Berkurung dendam demi keamanan Bergemalah bumi Anbia Takbir kemenangan Menjulang iman hapus kemungkaran Walaupun seisi dunia Melutut di tapak kakimu Tetapi kau pergi tanpa sisanya untuk Diwarisi Quran Hadith terpasak di kalbumu Syair puisi pelembut rasamu Tinta senjata lakaran mindamu Darah juga airmatamu Dakwat yang mewarna Lembaran agung insan terulung Jasamu Salahuddin Bagai kasturi mewangi Harumannya melewati Baitul Maqdis Walaupun jasadmu tiada Semangatmu tetap menyala Kekal menjadi aspirasi Mujahid kini dan selamanya Malammu disinar solat munajat Siangmu dihias lonjakan jihad Pembela insan yang miskin dan lara Kemelut yang menyelubungi Dalam sirah ummah Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah Kaulah satria, kaulah perwira Fisabilillah Pengirim : Sarah Othman Sumber http://Album Mestica Amrullah (Baitul Maqdis) Album : Munsyid : Muadz Dzulkifli Al-Masaar http://liriknasyid.com لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ قَالَ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ Maksud hadis: Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian. Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya” Pengirim : shakti_farhat Sumber http://www.ukhuwah.com |
0 comments:
Post a Comment