worldCALIPH

A servant of Allah who just want to share something value together...

USTAZ TAMPAR ANAK MURID vs IBU SETERIKA ANAK KANDUNG

Assalamualaikum...
Hari ini saya mengajak anda semua renungkan apa yg telah berlaku dalam masyarakat kita,Melayu atau lebih tepat dikalangan org Islam. kenapa masalah ini jarang kita dengar berlaku dlm masyarakat lain. Aduyai...Sedih2..:-(
Cubalah kita bandingkan 2 kes ni dan kita fikir2kan.
Ringan2kan jari jemari anda utk respon...mari berkongsi bersama.
Syukran..:-)

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah

SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.

Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama us

taz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.


Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah.


"Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak.


"Suami saya yang juga anggota polis di Balai Polis Kangar pergi ke rumah guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tetap menyalahkan anak kami.

"Saya kemudian membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mujur doktor memberitahu anak saya hanya cedera ringan dan tiada kecederaan dalaman. Kami kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, kira-kira jam 12 malam kelmarin," katanya.

Che Mahanum berkata, guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya menegur dengan cara baik sebagai memberi pengajaran.

Muhamad Naufall menunjukkan bekas lebam di pipi kiri selepas ditampar oleh seorang Ustaz


Wanita seterika anak kena penjara, denda

KLANG: Seorang ibu dihukum penjara empat hari dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam

selepas disabitkan kesalahan mendera anaknya berumur 12 tahun, dengan menggunakan seterika, April lalu.

Majistret Gan Che Keong juga memerintahkan Mazlinda Tubari, 29, dihukum penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda itu.


Mazlinda dituduh mendera anak perempuannya itu dengan menggunakan seterika di rumah mereka di Sungai Udang, dekatsini, pada jam 7 pagi, 27 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Mazlinda ketika merayu bagi meringankan hukuman memberitahu mahkamah dia mempunyai dua anak lagi yang berumur sembilan dan enam tahun.


Katanya, dia tertekan ketika kejadian kerana mangsa sudah 19 hari ponteng sekolah dan tidak berniat mencederakan mangsa kerana dia cuma mengacah anaknya dengan menggunakan seterika.

"Saya minta jasa baik supaya hukuman diringankan. Suami saya ingin ceraikan saya dan saya akan ke Mahkamah Syariah pada 20 Julai ini, " katanya.


Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azilah Mat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan berat.

Mazlinda diiringi polis selepas dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret Klang,semalam
READ MORE - USTAZ TAMPAR ANAK MURID vs IBU SETERIKA ANAK KANDUNG

SEARCH ILMIAH HERE

Assalamualaikum..


Salam Ta'arruf


Name: MOHD YUNUS ABD MALIK
Home : BAGAN DATOH, PERAK
Education : BDIM(Hons.) USIM & DIP.EDU,IPG IPOH
Email : my191_am@yahoo.com

-Terdapat diantara artikel-artikel yg sy postkan didalam blog ini sy perolehi dari web/blog yg sy ziarah dan juga dari sumber-sumber yg lain. Semoga apa yg sy ingin kongsikan disini dpt memberi manfaat kpd kita semua. InsyaAllah.-





LETS JOIN ME

UKHWAH CHAT

ISLAMIC CALENDAR

FOR THE TIME BEING

SOLAH 1ST

DAILY DU'A

Himpunan Doa Harian

1 DAY 1 KALIMAH

NasyidFM

Nasyeed@worldCALIPH

LINK

iluvislam

Subscribe Now: worldCALIPH