worldCALIPH

A servant of Allah who just want to share something value together...

13 Rahsia untuk adik-adik menjadi pelajar cemerlang

1) MATLAMAT ATAU SASARAN:

Pelajar berjaya mempunyai matlamat & sasaran yang jelas. Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa 'A' yang mereka mahukan ataupun berapa peratus markah setiap subjek yang mereka mahukan. Mereka juga tahu hendak mengambil jurusan apa semasa di universiti, mahukan kerjaya yang bagaimana dan sebagainya.

2) PERCAYA:

Pelajar cemerlang percaya mereka dapat cemerlang. Hanya faktor masa sahaja yang dapat membuktikan semua usahanya. mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban demi kejayaan.

3) TUMPUAN:

Pelajar berjaya memberikan tumpuan pada setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan cara hendak memberikan tumpuan semasa melakukan ulangkaji.

4) PERANCANGAN

Pelajar berjaya mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya. Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka.

5) STRATEGI BELAJAR:

Pelajar berjaya kerana mereka mempunyai strategi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap. Mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti teknik mengingat dan teknik mengambil nota yang baik. Di samping itu, mereka juga belajar secara berkumpulan.

6) MENJAGA MASA:

Pelajar berjaya tidak membenarkan masanya berlalu begitu sahaja. Mereka mempunyai jadual harian & jadual belajar.

7) PERGAULAN:

Pelajar berjaya berbaik-baik dengan semua orang. Tetapi mempunyai hanya mempunyai beberapa orang rakan karib yang berkongsi matlamat yang sama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

8) PEMANTAUAN:

Pelajar berjaya sentiasa memantau prestasi akademik mereka dan membuat post-mortem bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

9) HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU:

Pelajar berjaya rapat dengan guru-guru dan sentiasa tidak segan untuk bertemu dengan mereka bagi mendapatkan bantuan. Mereka tahu apa yang mahu ditanya dan cara memanfaatkan khidmat guru-guru yang ada. Namun begitu, mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. Mereka tahu apa yang patut dilakukan bagi meningkatkan sendiri penguasaan mereka dalam sesuatu subjek.

10) KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH:

Pelajar berjaya adalah mereka yang bukannya rajin hari ini tetapi malas esoknya. Sebaliknya, pelajar berjaya adalah mereka yang konsisten atau istiqamah dalam belajar. Buat sedikit tetapi berterusan.

11) PERSISTENT:

Pelajar cemerlang tidak mudah berputus asa dan berpuas hati selagi tidak dapat menyelesaikan masalah ataupun soalan yang susah serta mencabar minda. Mereka berusaha mendapatkan jawapannya sama ada dengan bertanya pada guru, merujuk pada kawan, membaca buku-buku tambahan dan sebagainya.

12) SANGGUP BERKORBAN:

Pelajar cemerlang dapat mengekang perasaan mereka daripada berhibur dan berseronok secara melampau sehingga menjejaskan pelajaran. Mereka sanggup berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan.

13) AGAMA NOMBOR SATU :

Bagi pelajar beragama Islam, mereka faham hakikat hidup ini sebagai suatu ibadah. Mereka juga sedar kepentingannya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu bapa supaya pelajaran yang diperolehi itu mendapat keberkatan. Mereka juga tahu menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa supaya hidup mereka berada dalam rahmat Allah s.w.t.

Sumber : Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Motivasi Alihan Pelajar ; 2007
READ MORE - 13 Rahsia untuk adik-adik menjadi pelajar cemerlang

SEARCH ILMIAH HERE

Assalamualaikum..


Salam Ta'arruf


Name: MOHD YUNUS ABD MALIK
Home : BAGAN DATOH, PERAK
Education : BDIM(Hons.) USIM & DIP.EDU,IPG IPOH
Email : my191_am@yahoo.com

-Terdapat diantara artikel-artikel yg sy postkan didalam blog ini sy perolehi dari web/blog yg sy ziarah dan juga dari sumber-sumber yg lain. Semoga apa yg sy ingin kongsikan disini dpt memberi manfaat kpd kita semua. InsyaAllah.-





LETS JOIN ME

UKHWAH CHAT

ISLAMIC CALENDAR

FOR THE TIME BEING

SOLAH 1ST

DAILY DU'A

Himpunan Doa Harian

1 DAY 1 KALIMAH

NasyidFM

Nasyeed@worldCALIPH

LINK

iluvislam

Subscribe Now: worldCALIPH