Ibu dera anak dengan seterika sah bercerai
KLANG: Seorang ibu yang dikenakan hukuman penjara empat hari dan denda RM3,000 Rabu minggu lalu atas tuduhan mencederakan anak sulungnya menggunakan seterika panas, disahkan bercerai dengan bekas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.Hakim Syarie Nik Asrulizam Mustapha membuat keputusan itu selepas suri rumah, Mazlinda Tubari, 28, (defendan) dan bekas suaminya, Ismail Rahman, 38, (plaintif) yang juga pekerja am Petronas bersetuju bercerai semalam.
Selain itu, Nik Asrulizam memerintahkan Mazlinda beredah tiga kali suci dan meminta mereka memfailkan perceraian itu di pejabat agama untuk membatalkan sijil perkahwinan.
Ismail yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa mereka sudah lebih tiga bulan berselisih faham.
Dia juga mendakwa permohonan perceraian dibuatnya disebabkan bekas isteri mencederakan anak sulungnya dengan menggunakan seterika tiga bulan lalu.
Sementara itu, Mazlinda yang tidak diwakili peguam membantah dakwaan bekas suaminya bahawa dia ada menjalani hubungan dengan lelaki lain.
Pasangan terbabit berkahwin pada 30 Ogos 1996 dan mempunyai tiga cahaya mata berumur antara enam hingga 12 tahun.
Sumber : hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment