worldCALIPH

A servant of Allah who just want to share something value together...

MANIS MULUT

Terhebat
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: yob3174
Editor: ar-ruhul JADEED


Di kesibukan sebuah kota yang terkenal dengan kehandalan di medan peperangan, terdengar hingar-bingar orang di sana sini menjaja apa sahaja yang mereka ada.

"Murah-murah...lembing ini kayunya kayu kokka, terkenal khasiat zaman berzaman, runcingnya besi tembaga, tikaman pasti ke kuburan...!!" "Mari-mari beli ini pedang, sekali hayun terbelah dua, acapkali diguna sang badang, buat senjata memburu naga...!!" Demikian berpantun-pantun mereka menjaja alatan senjata untuk kegunaan pemuda perajurit di medan pertempuran.

Di tengah-tengah kebingitan itu, lalu seorang hamba Allah yang warak sedang memerhatikan gelagat manusia. Akhirnya terpaut hatinya pada seorang lelaki yang menjaja alatannya tadi.

"Mari-mari datang ke sini, andai terlepas pastinya rugi, hamba kembara seluruh negeri, menjaja hanya pada yang sudi."

"Di tangan kanan hamba perisai sakti, dicurah air gunung Indera puri, menahan segala yang dengki, tiada tercalar merekah apatah lagi."

"Pedang keramat di tangan kiri, disadur racun berbisa sekali, membelah sebarang sudahlah pasti, boleh mencuba kalau berani." Pendek kata, lelaki ini mempromosikan pedangnya yang dikatakan mampu membelah apa sahaja, dan perisainya yang mampu menahan apa sahaja serangan.

Terpaku orang ramai mendengar kehebatan kedua-dua senjata itu, tapi hendak memilikinya bukan kemampuan kerana harganya melampaui jangkauan, hanya yang mampu mereka yang hartawan. Ketika orang ramai masih kagum dengan kehebatan senjata itu, hamba Allah yang warak itu keluar daripada kelompok orang ramai dan tampil ke hadapan berjumpa dengan lelaki tersebut. Dia berkata "Saudara, jika benarlah seperti yang digembar-gemburkan itu, maka cubalah belah perisai saudara dengan menggunakan pedang di tangan yang satu lagi itu." Ungkapan hamba Allah ini membuatkan lelaki ini terdiam, dan sedikit demi sedikit orang ramai meninggalkan dia yang tersentak di situ.

Moral : Jangan bermanis mulut sehingga berlebihan dalam mengkhabarkan sesuatu perkara

0 comments:

SEARCH ILMIAH HERE

Assalamualaikum..


Salam Ta'arruf


Name: MOHD YUNUS ABD MALIK
Home : BAGAN DATOH, PERAK
Education : BDIM(Hons.) USIM & DIP.EDU,IPG IPOH
Email : my191_am@yahoo.com

-Terdapat diantara artikel-artikel yg sy postkan didalam blog ini sy perolehi dari web/blog yg sy ziarah dan juga dari sumber-sumber yg lain. Semoga apa yg sy ingin kongsikan disini dpt memberi manfaat kpd kita semua. InsyaAllah.-





LETS JOIN ME

UKHWAH CHAT

ISLAMIC CALENDAR

FOR THE TIME BEING

SOLAH 1ST

DAILY DU'A

Himpunan Doa Harian

1 DAY 1 KALIMAH

NasyidFM

Nasyeed@worldCALIPH

LINK

iluvislam

Subscribe Now: worldCALIPH